fbpx

Kongsi Gambar Cincin, Zizan Razak Nak Kahwin?

Perkongsian pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar sebentuk cincin menerusi Insta Story miliknya.

Menerusi entri tersebut, selain sebentuk cincin sebagai kejutan, turut kelihatan sejambak bunga dan hadiah untuk diberikan kepada insan berkenaan.

BACA: Zizan Razak Puji Vokal Aliff Syukri Setaraf Penyanyi Barat

Turut disertakan kapsyen pada posting tersebut dimana Zizan berharap penerima kejutan tersebut akan gembira dan meminta pengikutnya mendoakan agar semuanya berjalan lancar.

Posting Zizan itu sekaligus mengundang tanda tanya di kalangan netizen yang membuat spekulasi mungkin Zizan sudah bertemu cinta sejati dan mahu melamar wanita tersebut.

Bagaimanapun ada yang berpendapat kejutan berkenaan adalah untuk ibunya melihat pada rekaan cincin itu sesuai untuk golongan yang berusia.

Terdahulu, Zizan mengakui terasa hati apabila sering dibahan netizen mengenai hubungan cintanya. Apa pun kita doa yang baik-baik sahaja untuk Zizan.