Mungkin anda sudah dengar kisah Zizan Nin yang demand untuk kemunculan beliau buat kali kedua dalam teater muzikal Tun Mahathir.


Pihak pengurusan Zizan Nin di’katakan meminta bayaran sebanyak RM40,000 & royalti untuk setiap cenderahati yang tertera wajah Zizan Nin.

Memang nampak keterlaluan apa yang di’minta dari pihak Zizan Nin namun laporan mStar Online hari ini buat kami berubah fikiran.

Pihak produksi di’katakan hanya menawarkan RM3,000 untuk Zizan Nin memegang watak sebagai Tun Mahathir dan latihan selama 30 hari.

Memegang watak Tun Mahathir satu komitmen yang cukup besar, dan dedikasi masa selama 30 hari untuk latihan pada kami tidak berbaloi untuk RM3,000.


Memanglah bayaran yang di’minta pihak Zizan Nin agak tidak masuk akal namun jangan’lah tawarkan harga serendah itu untuk antara pelakon watak utama sebuah teater yang sukses sebegitu.

Pihak produksi di’katakan ada menawarkan bayaran asal yang lebih tinggi namun pada kami, tetap jika sebuah teater itu berjaya, setiap mereka yang terlibat perlu di’beri ganjaran.

Itu pada hemat kami yang tidak tahu apa-apa tentang showbiz ini. Jangan hanya gila kaut keuntungan nanti akhir akhir pelakon kita malas sertai pementasan teater.