fbpx

Ziela Jalil Tak Tolak Rezeki Jika Dikurniakan Anak

Penerbit Datuk Ziela Jalil tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata menerusi perkahwinannya dengan Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar, 55.

Menurut pelakon berusia 51 tahun itu, beliau bersikap terbuka dan menyerahkan perkara ini kepada ketentuan Allah.

BACA: Anak Tiri Nafi Ziela Jalil Perampas, Sayang Macam Ibu Sendiri

“Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik. Saya serahkan semuanya kepada Allah kerana semua atas kehendak-Nya. InsyaAllah, saya menerima baik setiap yang berlaku. Doakan yang baik-baik,” katanya.

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila beliau dikatakan merahsiakan perkahwinannya daripada umum, bagaimanapun Ziela kini bersyukur rumah tangganya berada dalam keadaan harmoni.

“Alhamdulillah selepas 11 tahun, Allah yang mengaturkan. Jadi saya yakin aturan Allah itu sesuatu yang sangat-sangat baik kerana dia lebih tahu.

“Dan syukur, yang penting adalah keluarga saya kerana anak-anak menerimanya dengan baik. Jadi, kita jalankan kehidupan dengan baik. InsyaAllah.

“Isu kecaman juga sudah tiada, berbanding ketika awal pengumuman dibuat. Allhamdulillah, tiada lagi komen-komen kurang baik,” katanya.

Ujarnya, meskipun ada yang masih meninggalkan komen kecaman, namun ianya tidak memberi apa-apa kesan terhadapnya.

Menerusi perkahwinan Ziela dengan Allahyarham Tan Sri Megat Junid pada 1991, mereka dikurniakan dua anak, Dr Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah.