fbpx

Ziana Zain Tetap Amal Rotan Anak Jika Perlu

Tahukah anda bahawa Ziana Zain juga mengakui bahawa dia merotan anak-anaknya? Tetapi sebenarnya, pendekatan itu diambil sebagai jalan terakhir jika sikap dan kelakuan anak-anaknya sukar dikawal atau terlalu degil.

BACA: Ziana Zain & Peminat Bercuti Ke Turki

“Saya rotan anak-anak saya tapi itupun kalau mereka degil sangat sudah tidak dapat dikawal. Apabila saya marah mereka, saya akan sulamkan dengan kata-kata iaitu saya marah bukan kerana tidak sayang tetapi mahu mereka sentiasa berkelakuan baik dan menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.

“Alhamdulillah, mereka semua dengar cakap. Saya cuba macam-macam cara dalam mendidik dan mendisiplinkan mereka. Saya juga banyak gunakan cara ibu bapa saya mendidik kami adik beradik semasa kecil dulu”

“Lucunya, kalau mereka tengok saya tengah marah misalnya sewaktu dalam kereta, abangnya Aiman akan pujuk saya sambil berkata: ‘mama, Aiman ada koleksi lagu pak ngah (Anuar Zain), mama nak dengar?’ atau ‘mama nak dengar lagu Maroon 5?’,” katanya yang ternyata terhibur melayan kerenah anak-anaknya.

Selain itu, penyanyi bersuara lantang yang sudah berusia 46 tahun ini mengakui, bukan mudah sebenarnya untuk menjaga seorang anak-anak.

“Sekarang baru saya faham kata-kata ibu saya. Bukan senang hendak menjaga anak,” katanya kini yang mempunyai empat cahaya mata, Muhammad Aiman (15 tahun), Muhammad Ammar (12 tahun) dan pasangan kembar tidak seiras, Muhammad Ariel serta Siti Nour Kaseh, (6 tahun). (rtky/syfq)