Ziana Zain Nafi Hasut Anak Benci Bekas Suami, Halang Jumpa
Dituduh menghasut anak-anak supaya membenci dan menghalang bertemu dengan bapa mereka, Armin Zaharin Ahmad Zambri, penyanyi Ziana Zain kecewa dengan tuduhan tidak berasas itu.
Menafikan dakwaan itu, Ziana berkata dia tidak akan sama sekali memisahkan kasih sayang seorang ayah dengan anak-anak kerana berlaku perceraian antara mereka. Katanya lagi, anak-anak belum bersedia untuk bertemu bapa mereka.
BACA: Ziana Zain Mohon Maaf Hina Mahkamah
“Saya terdengar cakap orang mendakwa saya tidak membenarkan anak-anak bertemu dengan bekas suami. Itu tidak benar sama sekali. Perceraian berlaku hanyalah antara saya dan dia, anak tidak seharusnya menerima hukuman atas apa yang terjadi antara kami.
“Jujurnya, saya sering bertanyakan pada anak-anak, apakah mereka ingin bertemu dengan bapanya. Saya tak mahu mendera emosi mereka hanya kerana perasaan dendam atau amarah terhadap bekas suami.
“Cuma buat masa ini, anak-anak belum bersedia dan memerlukan masa untuk bertemu bapa mereka. Saya faham perasaan mereka dan jika satu hari nanti mereka menyuarakan hasrat mahu bertemu, saya akan mengizinkannya,” katanya kepada BH Online.
Meskipun sudah dua tahun bercerai, Ziana mengakui dia turut bersedih apabila mengenangkan nasib anak-anak yang terpaksa menempuh kehidupan tanpa seorang ayah di sisi.
“Saya seorang anak yang rapat dan manja dengan ayah. Justeru, bila mengenangkan nasib anak-anak saya sendiri yang terpaksa membesar tanpa ayah, saya rasa sangat sedih. Dalam usia masih mentah, mereka perlu melalui pengalaman seperti ini.
“Namun, saya lihat mereka sangat tabah, lebih lagi anak sulung, Muhammad Aiman yang sangat bertanggungjawab membantu menjaga adik-adiknya. Doa saya semoga kami semua dilindungi dan cekal dalam menempuh pelbagai ujian yang mendatang,” ujarnya.
Konflik rumah tangga pasangan ini tercetus pada Mac 2018 apabila timbul dakwaan Armin mendera anak lelaki mereka sebelum Ziana membuat laporan polis dan memfailkan perceraian.
Ziana dan Armin mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 namun bercerai pada Julai 2018. Hasilkan perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 21, Muhammad Ammar, 16, serta pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 11.
- SUMBER
- BH Online
Raya sepatutnya balik kampong rumah mak pak engkau …ataupun balik rumah tok nenek kau tu namanya balik kampong …. Atau rumah mak pak sedara yang duduk rumah atuk nenek kau ..atau balik rumah abang kakak kau .. itu rumah sedara mara dan itu di namakan balik kampung
..
Kalau kau balik kampong tumpang rumah kawan , tumpang rumah sedara mara yg lain .., itu bukan di namakan balik kampong …tak payah balik raya pun tak pa …kau ingat kawan kau tu tak ada family dia kah ..
Kau ingat dia tak payah raya dgn family dia yg lain ….
Nak raya menumpang balik kampong rumah org tu menyusahkan namanya . Baik tok sah balik. …. Aku ni bukan nenek kepada anak anak kau tu .
Raya tgk tv je tahun ni. Mkn kuah kcg rendang lemang ketupat buat sendiri. Jgn kacau kuarga org lain. Semua kita sdg diuji dgn wabak ni. Sabar ialah senjata mukmin dan kita mampu kembali zon hijau jika kita ikut saranan Tok Sabri.
I raya nangis teresak esak pagi syawal jer atas katil peluk bantal smbil makan ketupat moden.
Sedey raya tahun ni x dpt balik..huhuhu….oh lemang..aku rindukan sentuhan mu..huhu
Raya ni 24hb mei 2020 aku msk sop tulang je sekilo stgh.
Kuih bahulu beli kt supermrket..sebekas besar tu 15.00. Gigit lembut mcm span. Mnis tak terasa telor. Rindu bahulu kpg.