24 jam selepas berita berkaitan skandal seks Zhang Ziyi yang di’khabarkan bernilai RM347 juta, aktress popular China ini mula bersuara, tidak secara langsung.

Melalui blog beliau awal hari ini, Zhang Ziyi menulis yang ramai boleh ‘menyalah anggap bahawa angin sebagai hujan’ merujuk kepada spekulasi yang telah timbul.


Kenyataan sinis oleh Zhang Ziyi itu di’ambil oleh media China sebagai penafian daripada aktress ini akan skandal seks beliau yang turut melibat bekas pegawai kerajaan China, Bo Xilai.

Pelbagai saluran media China semalam melaporkan yang Bo Xilai membayar sejumlah wang yang besar untuk meniduri Zhang Ziyi sekurang kurang’nya 10 kali sehingga tahun 2011.

Bukan Bo Xilai seorang, Zhang Ziyi di’laporkan menawarkan khidmat seks kepada beberapa orang ternama China yang lain dengan jumlah transaksi RM347 juta.