fbpx

Zee Avi Akan Kembali Ke Malaysia Dengan Tiga Konsert Sempena Album Baru

Kepada peminat yang rindukan persembahan live Zee Avi, ini merupakan berita baik untuk anda semua.

Seperti semua sedia maklum, penyanyi kelahiran bumi Sarawak ini kini menjadikan kota New York sebagai pusat aktiviti seni beliau tetapi tidak sesekali pernah melupakan kita semua.

Zee Avi baru sahaja muncul dengan album terbaru berjudul Ghostbird sekitar Ogos 2011 yang lalu dan kini beliau akan kembali ke Malaysia untuk konsert istimewa.

Kami baru tahu yang Zee Avi sebenarnya kini bernaung di'bawah label muzik milik Jack Johnson — Brushfire Records. Anda mungkin tidak kenal siapa Jack Johnson tetapi beliau adalah lagenda hidup buat kami.

Zee Avi akan membuat tiga konsert sepanjang beliau berada di Malaysia November nanti dan masing masing mengambil tempat di Kuala Lumpur (17 Nov), Pulau Pinang (19 Nov) & Kuching (26 Nov).

Tiket untuk semua konsert solo Zee Avi ini kini boleh di'dapati melalui AirAsia RedTix atau cawangan terpilih Rock Corner & Victoria Music.

Harga bermula dari RM98. Maklumat lanjut boleh anda dapati dari LiveScape. via The Star

zp8497586rq