fbpx

Zarina Zainuddin Sedih Marissa Dania Jadi Isteri Nombor Dua

Pelakon Zarina Zainuddin mengakui dia kagum dengan kecantikan anak dan keperibadian anak kepada Abby Abadi iaitu pempengaruh media sosial, Marissa Dania,

Menurut Zarina, anak Abby terdidik dengan ajaran agama serta boleh berkahwin dengan orang yang bagus serta mempunyai masa depan yang cerah.

BACA: Abby Abadi Tak Pernah Kata Marissa Terkena Buatan Orang

“Dia boleh berkahwin dengan orang bagus-bagus yang berakhlak bagus dan punya masa depan yang cerah tup tup jadi macam ni hati mak ayah mana tak hancur,” tulisnya.

Sementara itu, Zarina berkata cinta tidak boleh dibawa ke mana, malah dia mengakui sedih dengan tindakan Marissa didakwa menjadi isteri kedua.

Dalam pada itu, Zarina berkata dia sudah melalui kehidupan sebagai isteri kedua dan tiada apa yang nak dibanggakan sebaliknya hanya dihina.

Terdahulu, Abby berpendapat Aslam tiada kemampuan untuk berpoligami serta terkejut dengan perubahan Marissa sehingga anaknya bukan seperti yang dikenali meskipun dia dan Norman Hakim sudah buat sehabis baik untuk anak mereka itu.