fbpx

Abby Abadi Tak Pernah Kata Marissa Terkena Buatan Orang

Pelakon Abby Abadi berkata dia tidka pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai anak perempuannya, Marissa Dania Hakim terkena buatan orang.

Menjawab pertanyaan pengikutnya di Insta Story, Abby turut mempersoalkan tuduhan segelintir pihak yang boleh menimbulkan fitnah terhadapnya.

BACA: “Ada Manusia Yang Tak Suka Tengok Orang Berbaik, Bahagia…” – Abby Abadi

“Bila masa pula saya keluarkan kenyataan ini? Baca dekat mana? Banyak sangat ke pahala deorang ni asyik keluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan fitnah pada saya?,” tulisnya.

Semalam hangat diperkatakan menerusi satu temu bual bersama usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri apabila Abby mengatakan Aslam tidak ada kemampuan untuk berpoligami.

Malah, Abby juga mengatakan dia terkejut dengan perubahan Marissa sehingga anaknya bukan seperti yang dikenali meskipun dia dan Norman Hakim sudah buat sehabis baik untuk anak mereka itu.