fbpx

Zarina Zainuddin Sanjung Madu, Dedah Kemuliaan Hatinya

Hampir 27 tahun hidup bermadu, baru-baru ini pelakon Zarina Zainuddin berkongsikan keindahan hidup bersama madunya, Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor yang banyak mengajar dan membimbingnya ke jalan yang benar.

Menurut Zarina dia menyanjungi dan sangat kasihkan wanita itu. Zarina berkongsi cerita madunya itu setia disisi ketika dia kehilangan datuk dan nenek serta menenangkannya ketika dia tidak mampu melakukan apa-apa.

BACA: Zarina Zainuddin Nafi Jual Produk Timbang Kilo

Malah, madunya itu juga mengajarnya berniaga dan kini bersama-sama menguruskan perniagaan. Zarina berkata kasih sayang terhadap suami sama taranya kepada wanita itu.

“Insan yang amat saya sanjungi. Yang mengajar saya tentang kehidupan yang selalu menegur salah saya yang membimbing saya ke jalan yang benar.

“Di izinkan saya berkongsi kasih dengannya saya yang tak pandai di ajar saya berniaga saya di beri carum epf saya ada diberi gaji bulan bulan sampailah sekarang saya ada epf ini semua berkat saya bekerja dengannya dulu.

“Sekarang syarikat tu tetap kami teruskan walaupun tak gah di mata orang tapi bagi saya itulah asal saya melabuhkan diri belajar tentang kehidupan. Macamana banyaknya saya sayang suami saya begitu juga banyaknya saya saya padanya.

Zarina mengakui dia banyak melakukan kesilapan di dalam hdupnya namun Allah memberi peluang untuknya memperbaiki diri.

Zarina mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan anak kembar istimewa, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 24, Muhammad Naim Azrai, 17, dan Muhammad Adam Azrai, 14.