fbpx

Zarina Anjoulie, Zoey Rahman Bercinta?

Baru sahaja dua bulan bercerai, hangat diperkatakan apabila pelakon Zarina Anjoulie dikatakan bercinta dengan pelakon Zoey Rahman.

Timbul spekulasi dikalangan netizen apabila kedua mereka dilihat rapat dan sering membuat Instagram Live bersama. Malah, Zarina juga dilihat ada memuat naik foto bersama Zoey dengan emoji ‘cinta’.

BACA: Zarina Anjoulie Nak Saman Pegawai Polis Wanita

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Zarina, Zoey mereka sedang mengenali hati masing-masign. Kata Zoey lagi, dia sudah mengenali Zarina sejak tahun 2010.

“Ketika itu kami cuma kawan biasa dan tak rapat pun. Kemudian, masing-masing terputus hubungan. Kami berjumpa semula awal tahun ini di sebuah klinik rawatan kecantikan. Itu pun secara kebetulan. Sejak itu, kami mula berhubung semula sampai sekarang.

“Kalau ditanya adakah kami bercinta, apa boleh dikatakan kami sedang berkawan dan mengenali hati budi,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Zoey, sejak hubungan mereka diperkatakan dia menerima banyak mesej daripada netizen yang suka namun ada yang mengecamnya apatah lagi Zarina pernah dua kali berkahwin.

“Ramai suka dan ramai juga kecam sebab orang ingat dia lebih berusia daripada saya selain status ibu tunggal dan pernah berkahwin dua kali. Ramai anggap dia negatif dan suruh saya bimbing dia kerana beberapa kontroversi yang mengaitkan dirinya sebelum ini.

“Sebenarnya dia ‘gila-gila’. Orang juga tak nampak kebaikan dirinya. Dia selalu bagi orang makan, berikan bantuan barangan dan banyak lagi. Berbanding mereka yang berimej Islamik tapi bersikap sebaliknya.

“Kita ini manusia biasa, jangan menilai orang berdasarkan apa yang nampak. Kita tidak tahu pengakhiran hidup macam mana. Setiap orang ada fasa jahat, baik, jatuh dan bangun. Orang boleh berubah bila-bila masa saja. Sejujurnya, saya tak mampu puaskan hati semua. Mana yang suka, terima kasih. Jika sebaliknya, itu pilihan masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Zoey menafikan hubungan rapatnya dengan Zarina itu hanya gimik semata-mata untuk melariskan produknya Mikaseries kerana jenamanya itu sudah popular.

“Pemasaran, gimik, bukan sama sekali. Saya ada banyak klien profesional. Takkan saya nak buat gimik bukan-bukan. Jadi saya kena profesional.

“Lagi pun kerjasama saya dengan syarikat besar itu sudah ada syarat ditetapkan. Cumanya, apabila perkara ini tular sedikit sebanyak meningkatkan jenama produk saya. Kalau saya nak tumpamg populariti dia, jenama Mikaseries sudah popular dulu,” katanya.