fbpx

Zarina Anjoulie Nak Saman Pegawai Polis Wanita

Pelakon sensasi Zarina Anjoulie memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pegawai polis wanita susulan dakwaan ditahan dalam satu serbuan kerana bahan terlarang baru-baru ini.

Menurut Zarina, dia sudah pun membuat laporan polis terhadap anggota polis berkenaan dan selepas siasatan dia akan menyaman anggota tersebut.

BACA: Zarina Anjoulie Minta Bayar RM5,000 Kalau Nak Interview

“Selepas siasatan saya akan mengambil tindakan menyaman anggota tersebut. Buat masa ini, saya tidak akan dedah identitinya tetapi akan tahu siapa.

“Saya takkan berdiam diri saya akan viralkan habis habisan sampai saya dapat keadilan yang saya deserve. Memandangkan anggota ni nak viral nak glamour, saya akan kasi dia viral dia idamkan,” katanya.

Menerusi satu perkongsian lain, Zarina berkata dia nekad untuk mengambil tindakan serta turut menyifatkan anggota berkenaan mencalarkan nama baik pihak berkuasa.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila seorang selebriti wanita ditahan positif dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai.