fbpx

Zarina Anjoulie Minta Bayar RM5,000 Kalau Nak Interview

Sejak semalam, hangat diperkatakan apabila netizen mendakwa Zarina Anjoulie merupakan selebriti wanita yang ditahan positif dadah.

Menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, pelakon kontroversi itu memaklumkan dia meletakkan bayaran sebanyak RM5,000 kepada wartawan atau pun pihak media yang mahu menemuramahnya berhubung kes tersebut.

BACA: Zarina Anjoulie Nafi Ditahan, Tawar RM1,000 Cabar Netizen Tunjuk Bukti

Difahamkan, Zarina mengenakan bayaran berkenaan kerana berpendapat kisah seorang selebriti wanita yang ditahan atas kesalahan dadah semalam akan diputar belit oleh wartawan. Dalam posting tersebut, Zarina turut menulis kapsyen berbunyi ‘no money, no talk’.

“Salam (assalamualaikum) kepada para reporter (wartawan), kalau nak interviu saya, bayarannya RM5,000. Alang-alang anda (wartawan) nak pusing cerita sekurang-kurangnya berbayar,” tulisnya.

Terdahulu, Zarina berjanji akan memberikan kenyataan dalam masa beberapa hari lagi. Ujarnya buat masa ini dia mahu mengambil kesempatan berkenaan untuk membuat ulasan produk.