Zarina Anjoulie Nafi Ditahan, Tawar RM1,000 Cabar Netizen Tunjuk Bukti
Hangat diperkatakan apabila netizen mendakwa Zarina Anjoulie merupakan selebriti wanita yang ditahan positif dadah, pelakon kontroversi itu akhirnya tampil membuka mulut.
Menerusi IG Live pagi tadi, Zarina menafikan dakwaan dia telah ditahan polis. Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju mengakui setiap hari dia ke balai polis namun berkaitan isu lain.
BACA: “Tunggu Beberapa Hari Lagi, Nanti Saya Buka Cerita”
Anju turut mempersoalkan pihak yang menuduhnya dengan bertanyakan ada atau tidak gambarnya ditahan masuk lokap atau pun gambarnya digari.
“Aku kena gari ke? Sekarang ini pun aku memang hari-hari pergi balai sebab ada kes yang berjalan dengan benda lain. Jadi ada ke gambar aku ditahan masuk lokap?
“Tak.. Ada ke gambar aku kena gari? Tak.. sebab jelas aku non stop live dari Isnin aku buat story, aku buat live,” katanya.
Dalam pada itu, Anju turut mencabar netizen untuk membuktikan bahawa dia telah direman oleh polis seperti dakwaan tular serta menawarkan RM1,000 jika ada pihak berjaya membuktikannya.
“Bila masa aku kena reman? Kalau korang pergi IPD Nilai, pergi cari polis aku boleh bagi dan ko call cakap aku kena reman, aku bagi ko RM1000 kalau boleh buktikan aku kena reman okay”
“Ini janji aku. Ada tak bukti aku kena reman? Kalau jamin polis dan sangkut urine pun kau tetap kena masuk lokap, faham tak, 12 jam,” katanya.
Terdahulu, Anju berjanji dia akan memberikan kenyataan dalam masa beberapa hari lagi. Ujarnya buat masa ini dia mahu mengambil kesempatan berkenaan untuk membuat ulasan produk.
- SUMBER
- Murai.my
Tkde masa nk crik bukti psl ekau. Mcm mana semua polis kt ipd tu buta. Ok babai
Dari semua artis malaysia ni, minah ni lah yang aku paling geli. Tak pernah aku tengok manusia sejahat, sekotor (selalu x mandi), semuka tak malu. Paling menyampah cara dia ambik kesempatan and paling bodoh adalah followers yang bangang follow minah tak sekolah, acah acah mat salleh. Tak pernah dia mengaku apa pun salah dia. Dia je betul. 2x husband dia jahat, semua artis fitnah dia. Diaaa je la betul. Serius aku geli sial minah ni. Cukup cukup rotikaya tulis pasal minah bodoh tak berpelajaran ni. Oleh sebab write up pasal dia dah malas nak baca apa apa kat blog ni. Pegi mampos.
Polis ckp artis ambik dada.. terperap kat rumah dek PKP Umur 34,
Rasenya dia ni mmg kena check tp lepas, tak kena reman..sbb kalo ada loyer dtg cpt mmg bole keluar terus, xkena thn.
Mungkin juga retis lain kotttt!
Yg korang kisah dgn makcik ni dh kenapa wei? Tu gmbr lama ke baru?
Hmmm..lantakla.
X pernah minat dia ni