fbpx

Hampir lima bulan mendirikan rumah tangga, menerusi satu perkongsian di Instagram semalam pelakon kontroversi Zarina Anjoulie mengakui hamil beberapa bulan lalu namun mengalami keguguran baru-baru ini.

Tetap tenang menerima ujian tersebut, menerusi entri itu Zarina turut berkongsikan mengenai bahaya dan kesan sampingan melakukan suntikan ‘filler’ sebelum memberitahu mengenai berita kegugurannya secara tidak sengaja.

BACA: Tayang Gambar Bedah Bibir, Zarina Anjoulie Tutup Ruangan Komen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

“Beberapa bulan lepas Anju mengandung tapi gugur. Bukan nak cerita kesian kat video ini cuma nak beritahu. Tak ada rezeki kan tapi Anju cuba nak pregnant lagi,” katanya.

Berkongsikan pengalaman yang dilalui selepas menyuntik ‘filler’ di bahagian payudaranya, Zarina turut meminta mereka di luar sana tidak salah anggap kerana ia hanya untuk memberi kesedaran.

“Anju share apa yang anju lalui sekarang ni ye…Please don’t judge dan diharap anda semua terbuka dengan perkongian ini. Tujuan Anju share bukan nntuk nak jatuhkan orang, tetapi untuk create awareness. Anju sendiri tengah lalui benda ni, so Anju nak share with you guys,” katanya.

Zarina berkata ketika hamil beberapa bulan lalu, payudaranya membengkak dan sakit. Perkara itu membuatkan dia terfikir akan kesan sampingan ‘filler’ jika hamil lagi dan akan berjumpa dengan doktor pakar untuk mengeluarkan filler tersebut.

“Saya akan pergi bertemu Doktor Chiam untuk rawatan mengeluarkan ‘filler’ di bahagian dada. Ini adalah plan sebelum saya hamil lagi nanti. Video ini dikongsi sebab sekurang-kurangnya korang tahu apa nak buat selepas ini.

“It was my choice untuk letak barang terlarang dalam badan aku. Jangan salah anggap dengan video ini atau jangan salahkan tempat aku pergi buat ‘filler’ dulu ya,” katanya.