fbpx

Tayang Gambar Bedah Bibir, Zarina Anjoulie Tutup Ruangan Komen

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai pelakon sensasi Zarina Anjoulie apabila dia memuat naik fotonya memaparkan keadaan bibirnya yang baru melakukan pembedahan di sebuah klinik pembedahan kecantikan.

Menerusi perkongsian itu, Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju memaklumkan dia melakukan ‘sesuatu’ kepada bibirnya dan akan berkongsi lebih lanjut mengenai proses yang dijalaninya.

BACA: Sekitar Majlis Persandingan Zarina Anjoulie Di Kampung

Jelas kelihatan kesan garisan darah di bibir bahagian atas tanpa menjelaskan apa yang telah terjadi terhadap bibirnya. Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mempertikaikan tindakannya itu yang dianggap mengubah ciptaan Tuhan.

Namun ada juga yang berpendapat mungkin Anju mempunyai masalah dengan bibirnya yang menyebabkan dia perlu melakukan pembedahan itu.

Bagaimanapun, hasil tinjauan mendapati semua komen yang ditinggalkan netizen sudah tiada pada awal pagi tadi ebrikutan Anju telah menutup ruangan komen perkongsian tersebut. Apa pun kita nantikan sahaja penjelasan daripada Anju.