fbpx

Zarina Anjoulie Dedah Suami Selebriti Goda Dirinya?

Seringkali tampil dengan kenyataan cakap lepas terhadap isu yang berlaku di sekelilingnya, pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan bahawa kini ada seorang suami kepada selebriti wanita sedang ligat untuk menggodanya. Lebih menarik lagi, selebriti wanita itu menyindir Anjoulie di laman sosial.

BACA: “Bila Aku Kantoi, Ramai Artis Penagih Jadi Penasihat”

Tidak menolak kemungkinan bahawa luahan isi hatinya yang dikongsikan di Insta Stories baru-baru ini membuatkan ada sesetengah pihak yang terasa ‘pedas’ dan kurang senang dan mengkritiknya sedangkan Zarina tidak mendedahkan siapakah individu di sebaliknya.

Baru-baru ini Zarina mendedahkan sendiri bahawa seorang lelaki yang juga merupakan salah seorang pelakon wanita telah menghubunginya dan mengajaknya keluar. Tambah Zarina buat ketika ini dia tidak bercadang untuk mendedahkan perbualan selanjutnya bersama lelaki tersebut.

Apa yang menyedihkan, si isteri tidak mengetahui perkara tersebut dan dalam masa yang sama mengkritik Zarina di laman Facebook dan bahagian paling menarik – pelakon wanita itu juga didakwa merupakan rakan Zarina mendadah satu ketika dahulu.

Buat ketika ini, Zarina berharap agar pelakon wanita berkenaan membuat permohonan maaf, jika tidak, habis semua perbualan menggoda daripada suami wanita berkenaan akan didedahkan.

Buat ketika ini, Zarina masih menyimpan terlebih dahulu mesej perbualan dengan lelaki berkenaan selain turut menyatakan tidak teragak-agak untuk mendedahkan rakan selebriti lain yang turut menagih dadah namun berpura-pura baik. Apa pun, perkara ini pastinya mampu diselesaikan dengan baik. (rtky/s)