fbpx

“Bila Aku Kantoi, Ramai Artis Penagih Jadi Penasihat”

Siapa tidak ingat bagaimana perubahan Zarina Anjoulie yang kini semakin hari semakin baik dan kuat berhadapan dengan kehidupan sebagai seorang ibu tunggal. Suka berkongsi pandangan dengan pengikutnya di laman sosial, baru-baru ini Zarina turut ‘menjentik’ rakan selebriti yang terpalit dengan kes dadah baru-baru ini.

BACA: Zarina Anjoulie Mengaku Salah Miliki Dadah, Denda RM5,000


Terbuka dalam menyuarakan pendapatnya di Instagram, rata-rata peminat dan pengikutnya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh pelakon wanita ini. Lagi pula, Zarina ini jenisnya main cakap lepas saja.

Malah dia turut memberi bayangan bahawa terdapat individu di sebalik selebriti-selebriti wanita yang sentiasa akan menjadi penyelamat jika terjadi perkara yang melibatkan dan berkaitan dengan polis.

“Kebanyakan selebriti di Malaysia memang semua penagih pun lagi-lagi yang muka innocent. Semua mendadah sama-sama but cover masing-masing tapi kalau kantoi, settle sendiri pastu buat tak kenal pastu tuduh-tuduh orang”

“Tak faham betul, berani buat berani tanggung la, takde siapa nak aniaya kau dengan dadah, bazir duit tokan tu je, dadah dah la mahal. Buat-buat tak reti pulak. Bila aku kantoi, ramai pulak artis penagih jadi pakar penasihat,” luahnya di laman sosial tersebut.

Sebelum ini, Zarina pernah mengaku bersalah terhadap satu kes berkaitan dadah dan dikenakan denda RM5,000.

Namun kini segalanya berubah malah perniagaan yang diusahakan Zarina kini semakin mendapat perhatian dan kadang-kala dia turut berkongsi susah payah berniaga serta rencah dunia perniagaan produk wanita yang penuh dengan persaingan. (rtky/s)