Lantang menegur sikap segelintir artis yang gemar menayang kemewahan tetapi tidak sedar diri mengharapkan bantuan kerajaan, nampaknya Zarina Anjoulie kini menjadi ‘sasaran’ beberapa artis yang dikatakan tidak berpuas hati dengan kenyataannya itu.
Zarina mendedahkan ada kelompok artis yang berkomplot mahu menjatuhkan dirinya malah turut mewujudkan satu akaun Telegram khas dimana dia menjadi topik perbualan hangat di kalangan artis tersebut.
BACA: Fizo Omar Pula Kena ‘Bantai’ Dengan Zarina Anjoulie
Turut memuat naik mesej berbualan artis-artis berkenaan, ada dikalangan mereka menghina netizen IQ rendah serta di ibaratkan lembu di cucuk hidung. Tidak setakat itu, mereka menganggap diri mereka golongan cerdik pandai.
Pendedahan Zarina itu ternyata mengejutkan netizen yang mengatakan golongan artis sepatutnya sedar diri kerana tanpa netizen mereka tiada apa-apa dan tidak mungkin mereka boleh mencipta nama.
Kata netizen lagi, jika tiada netizen tiada siapa akan menonton lakonan mereka dan tiada anugerah akan diterima mereka. Malah, netizen mengatakan mereka sudah nampak perangai sebenar artis Malaysia dimana ramai yang busuk hati dan tidak hairan ramai anak muda meminati artis luar.
Semalam, kecoh apabila Persatuan Seniman Malaysia membuat laporan polis terhadap seorang selebriti yang didakwa membuat video hasutan terhadap industri seni Malaysia.
Meskipun tidak dinyatakan nama, ramai yang andaian bahawa laporan polis itu dibuat terhadap pelakon Zarina Anjoulie yang sebelum ini pernah meuat naik video mengecam tindakan beberapa artis.