fbpx

Zarina Anjoulie Cerai Lepas 6 Bulan Nikah?

Baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu, perkongsian terbaru pelakon Zarina Anjoulie mengejutkan ramai apabila memaklumkan dia sudah pun bercerai.

Menerusi satu perkongsian di Instagram itu, Zarina memberitahu hari ini merupakan hari paling bahagia dalam hidupnya apabila mendakwa dia dan suaminya, Eilyas Azhar sudah berpisah.

BACA: Zarina Anjoulie Keguguran, Mahu Hamil Lagi Lepas Buang ‘Filler’ Di Payudara

Hasil tinjauan mendapati, gambar terakhir Zarina bersama suami dikongsikan sekitar Disember tahun lalu ketika makan tengahari bersama rakan-rakannya.

Bagaimanapun, setakat ini tiada penjelasan lanjut mengenai perkara itu oleh Zarina sendiri. Malah, ruangan komen perkongsian itu juga ditutup.

Terdahulu, Zarina dan suaminya telah bernikah di Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan pada Julai 2020 selepas empat tahun bergelar ibu tunggal .