Zarina Anjoulie Perlukan Suami Untuk Berkongsi Hidup
Jika sebelum ini pernikahan Zarina Anjoulie menjadi tanda tanya di kalangan peminat, kini pelakon yang sering terpalit dengan kontroversi satu ketika dahulu mengakui bahawa dia sudah pun bercerai dengan suaminya, Mohd Ilham Syazwan yang berasal dari Brunei.
BACA: Zarina Anjoulie Kini Sudah Berpisah Dengan Suami?
Mengambil keputusan untuk berpisah cara baik pada Disember tahun lalu (2016), Zarina turut berkongsi cerita kepada Harian Metro bagaimana mereka berkenalan dan seterusnya membina kehidupan berkeluarga bersama.
“Selepas mengenalinya selama empat bulan, bekas suami datang berjumpa saya dan kami buat keputusan untuk berkahwin. Bagaimanapun kebahagiaan hanya dikecapi selama setahun lima bulan saja dan selepas itu rumah tangga kami mula bergolak”
“Faktor penceraian saya disebabkan usia bekas suami yang terlalu muda ketika berkahwin. Selepas mendapat anak, keretakan rumah tangga kami sukar dibendung dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami,” jelasnya yang mengakui mengharapkan yang terbaik melalui perkahwinannya itu.
Namun, Zarina akui, dirinya memerlukan seorang lelaki bergelar suami untuk meneruskan kehidupan bersama sama. Ketika ini, Zarina sedang giat menjalankan perniagaan produk kecantikan jenamanya sendiri.
“Saya sukakan institusi perkahwinan kerana dapat mengelakkan kita dari melakukan dosa. Saya kasihankan anak saya yang membesar tanpa bapa di sisinya. Sebagai wanita yang pernah berkahwin, tentunya saya perlukan kehadiran seorang lelaki bergelar suami untuk berkongsi hidup,” katanya. (rtky/s)
Semoga dipermudahkan dan bertemu lelaki yg baik buat anda utk dijadikan suami… aminn
Amin! Amin!
Aamiin ya
udah ceraikah
gituu
semoga tabah mengarungi dugaan hidup mungkin ni bkn jantan yg trbaik bagi kamu ada yg lebih baik allah bgi utk kamu.
Sy doakan awk cpt dpt jodoh yg baik. Dn sy hrp awak akn lebih tabah mengharungi kehidupan ini.
Nmpk ada nur bila zarina berhijrah. Lupakan kisah lama semua org ada kesilapan. Dr awal lg tak confident ex laki dia tu ada ciri2 yg bole membimbing isteri dr air muka dah tau.
Moga diberi jodoh yg lebih baik. Terus istiqamah, ini dugaan
berdoa aje segala niat di hati. Allah maha pengampun, maha mengasihani.
aiii.. duk salahkan suami la pulak ye.. time kawin haritu mmg dah tau suami awak tu muda. so skrg ni nak salahkan suami tu muda menyebabkan korang bercerai? awak yg lg tua awakla lg matang dan betul ye?
gitu
Ex husband dia ada tatooo ye?
Kan laki dia tu laki org dah.yg isu pukul bini tu.ntah bile masa plk terlalu mudenye.yg gmbar ngn budak laki yg besar skit tu ank tiri diala tu rasanya.cu google hal dia ni dulu