fbpx

Zara Zya Mengaku ‘Cucuk’ Muka, Bibir

Selepas diasak mengenai rupa parasnya semakin berbeza sejak kebelakangan ini, pelakon Zara Zya mengaku mengambil suntikan pada wajah dan bibir.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Zara menjelaskan perubahan hormon dan faktor usia menyebabkannya mengambil suntikan tersebut.

BACA: Tak Boleh Berkongsi, Zara Zya Tak Sanggup Bermadu

Zara turut tidak menolak dakwaan ada beberapa klinik estetik tampil menaja untuk melakukan suntikan dan menambahbaik wajahnya. Katanya lagi, suntikan lebih kepada vitamin sahaja untuk kulit tanpa cela dan tampil lebih segar.

“Sejujurnya, memang ada beberapa klinik menaja saya membuat rawatan wajah. Lagipun, usia semakin meningkat, jadi timbul kedutan dan saya buat sedikit suntikan.

“Tetapi, ia lebih kepada suntikan vitamin untuk menjadikan kulit tampil tanpa cela. Jika dulu susah nak jumpa klinik estetik yang sesuai, jadi bila ada peluang, apa salahnya? Tetapi, ia lebih kepada vitamin.

“Sama seperti bibir, kadang-kadang bibir jadi gelap, jadi suntikan ini memberikan kesan tegang. Apabila tegang, ia menjadi lebih gebu dan berwarna kemerah-merahan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

Dalam pada itu, Zara berkata dia tidak kisah jika ada netizen tampil memberikan komen negatif terhadap rupa parasnya kerana setiap selebriti pasti melakukan suntikan pada wajah sebagai rutin untuk tampil cantik.

“Saya tidak kisah dan terpulanglah. Lagipun saya rasa ramai sahaja yang buat, namun terpulang pendapat masing-masing. Mungkin ada orang tak ditawarkan peluang seperti ini, tetapi bila ada peluang, mungkin dia juga nak mencuba.

“Dalam media sosial, orang boleh cakap apa sahaja. Nak buat atau tidak, terpulang. Saya adalah seorang selebriti, sudah pasti saya kena jaga penampilan secara keseluruhan.

“Apa yang boleh saya katakan, ia rutin bagi selebriti. Lagipun, apa sahaja yang saya buat tetap ada kecaman dan tilikan. Kadang-kadang dalam video yang dimuat naik saya rasa tiada apa-apa, tetapi mata netizen tajam,” katanya.