Tak Boleh Berkongsi, Zara Zya Tak Sanggup Bermadu
Pelakon Zara Zya berkata dia tidak sanggup berkongsi kasih apatah lagi untuk bermadu jika bergelar isteri suatu hari nanti.
Memetik Harian Metro, Zara berkata dia tidak kuat sendainya perlu berkongsi kasih dengan wanita lain. Ujarnya lagi, jika tidak berpoligami pun ada pasang surutnya, apatah lagi jika perlu berkongsi kasih.
BACA: Zara Zya Akan Umum Siapa Lelaki Yang Bakal Dikahwininya
“Saya tak boleh. Saya bukan orang yang boleh berkongsi. Mungkin masa indah, kita kata boleh, tapi masa tak indah, macamana pula kan? Jadi, saya tidak sekuat itu.
“Ada yang saya kenal orang terdekat berpoligami. Tapi, macamana kehidupan mereka? Saya tak tahu. Tak tahu sama ada indah atau tak.
“Tapi, kalau kita tak berpoligami pun, ada juga pasang surut hubungan. Kalau kita tak kuat, macamana kita nak hidup dengan keadaan kita berkongsi kasih?” katanya.
Bagaimanapun, Zara berkata dia tetap hormat terhadap individu yang memilih untuk berpoligami serta menyifatkan mereka yang berkongsi kasih ini seorang yang kuat.
“Kita manusia, kalau tak pilih berpoligami pun tetap ada masalah. Masa bercinta pun tetap ada yang curang.
“Tak semestinya orang yang pilih berpoligami ini salah. Mungkin mereka ada sebab tertentu, kalau dia mampu, teruskan. Mampu bukan dari segi harta, tapi segala aspek. Persediaan mental, hati, wang, semualah,” katanya.
Membintangi drama Risik Pada Hati, Zara berkata ianya berkaitan dengan berpoligami serta memaparkan kehidupan lelaki yang mempunyai dua isteri.
“Drama ini dekat pada orang yang berpoligami. Tak kisahlah orang itu berniat, ada niat, sedang berpoligami, memang kena tengoklah drama ini, tapi ia bukanlah memburuk-burukkan pasal orang berpoligami. Ada pro dan kontra macamana kehidupan seorang lelaki yang ada dua isteri.
“Di mana isteri pertama merelakan tapi pada masa sama, dalam rela naluri wanitanya tetap cemburu. Konfliknya tidak seperti mana drama lain yang dramatik. Ia ringan, dekat dengan penonton dan orang berkeluarga,” katanya.
Apabila kamu tolak poligami maka kamu menolak islam, ingat lah yang menolak neraka menanti dan yang menerima payung emas menanti. Para isteri kena ingat suami ada hak mutlak untuk kahwin lebih drp seorang. Isteri kena hormati kehendak suami demi kebahgiaan keluarga, termasuk lah bermadu. Kena terima dengan hati terbuka dan payung emas dijamin masa akan datang
Ni ustad mana ckp kalau islam mmg bagi payung emas dekat akhirat nnti,takda istilah dapat payung emas,kalau redha ada ganjarannya di sana nnti,bukan,payung emas tu kisah dogeng
Dah lah tak matang. Tak cantik langsung. perangai tah hape mende tah. Dia ingat buat perangai gila2 tu cool lah.
Tak suka pempuan kalau dah lah tak lawa. acah2 macam cantik2 jer. pastu buat perangai gila2.
Tu semua nak cover malu dia sebab muka tak lawa. kalau ko lawa lama dah org nak minang ko tu.
Orang yg buat kenyataan tidak mahu bermadu selalunya berkawen dgn lelaki yg sudah ada isteri.
ustaz hj kamarudeen,
hang nii menolak poligami hang kta neraka menanti.wehhh ada bende hati ni ko igt bleh dipaksa2 ke..ada bende zaman dulu yg tak relevan and dh tkleh dah diterima akal skrgni..lgpun ni bukannye bende wajib..bodohhh.
senang berckp..cuba ko yg jd pompuann..atau pikir skit dr segi kemanusiaan.
klu undang2 islam plk kta bini bleh kawin 4.klaula bukan sbb isu taktau nk dinasabkn dgn sape.cuba pk jika islam bg bini kawin 4
jugak.ko rasa camne bodohh??? bini mlm ni tido laki ni esok dtg tido ngn ko plak???? sedap ke jijik???klu laki semua bolehla..kne kt diri sendiri tau plak marah.mmg celakaa sgt.