Sejak beberapa hari lalu, perkongsian Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu memuat naik gambarnya bertudung  sekaligus mengundang tanda tanya di kalangan netizen dan para peminat adakah dia benar-benar sudah berhijab.

Malah, lebih menguatkan spekulasi apabila Zara berkongsi video mengenakan tudung ketika berada di sebuah pusat membeli belah. Bagaimanapun, Zara yang dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu.

BACA: Zara Zya Dah Jumpa Pengganti, Jihan Kata Abang Uniform

“Maaf, sebab belum masanya lagi untuk keluarkan apa-apa kenyataan,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam perkongsian terbaru yang dimuat naik, kapsyen yang ditulis oleh Zara seolah-olah menggambarkan dirinya sudah berhijrah.

“Masa lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan memperbaiki diri kita yang sekarang,” tulisnya.

Meskipun tidak dapat dipastikan kesahihan perkara itu, namun di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar pelakon itu terus istiqamah.