fbpx

Zara Zya, Hafreez Adam Putus Selepas Sebulan Bertunang

Impian untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila Hafreez Adam mengesahkan ikatan pertunangannya dengan pelakon Zara Zya sudah pun terlerai bulan lalu.

Hafreez menjelaskan mereka berpisah secara baik selepas tidak lagi melihat sebarang perkembangan positif dalam perhubungan. Tegas Hafreez lagi mereka putus tunang bukan disebab orang ketiga.

BACA: “Saya Nekad Unfollow Zara Zya Di Instagram”

“Sejujurnya, kami putus bulan lalu. Saya lambat maklumkan perkara ini pun sebab Zara minta diberi masa. Jadi, kelmari kami putuskan untuk bercakap secara rasmi perkara ini. Saya tidak mahu terus menipu.

“Kami tidak gaduh. Kami berpisah secara matang. Ada isu yang terjadi tetapi biarlah antara kami saja yang tahu. Saya jumpa dia dan berbincang.

“Kami putus bukan sebab orang ketiga. Ia lebih lebih kepada kami. Saya tak nak buka ruang tuding jari menyalahkan orang lain. Tidak mahu orang lain terbabit. Orang luar jangan spekulasi,” katanya kepada Harian Metro.

Hafreez berkata selepas berbincang kedua pihak membuat keputusan bahawa putus adalah jalan terbaik. Hafreez juga mengakui selepas bertunang dia dan Zara hanya berjumpa dua kali sahaja.

“Saya cakap apa yang dirasa, begitu juga dengan dia. Selepas apa dilalui, saya berasakan perkara lebih rumit akan berlaku jika perhubungan ini diteruskan. Jadi, putus adalah jalan terbaik. Dalam masa sama, tak nampak hala tuju.

“Selepas bertunang baru jumpa dua kali iaitu pada hari pertunangan dan pada malam Anugerah Skrin,” katanya.

Terdahulu, pasangan yang berkenalan ketika bergandingan dalam drama Mona Lisa pada 2017 itu mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2020.