fbpx

“Saya Nekad Unfollow Zara Zya Di Instagram”

Mengikat tali pertunangan pada Oktober lalu, sebelum ini Hafreez Adam mendedahkan ada individu cuba menganggu hubungan pertunangannya dengan Zara Zya.  Hafreez turut merasa pelik sepanjang dua tahun mereka bersama sebelum ini tiada yang cuba menganggu.

Tak sampai tempoh dua bulan bertunang, Hafreez mengakui hubungan mereka kini sedang sedang dilandai badai dan kini sedang berusaha mencari penyelesaian terbaik.

BACA: Hubungan Zara Zya, Hafreez Adam Diganggu Pihak Ketiga

“Saya akui hubungan kami sedang dilanda dugaan, namun saya yakin sudah cukup matang untuk mengawal situasi ini. Saya sedang berusaha mencari penyelesaian terbaik untuk situasi yang berlaku antara kami,” katanya kepada Harian Metro.

Malah, Hafreez memberitahu dia tidak lagi mengikuti Zara di Instagram untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan serta mengelakkan daripada cerita kurang enak di Instagram.

“Instagram adalah tempat saya berkongsi hal berkaitan kerjaya. Tambahan pula saya bukanlah seorang yang suka memuat naik hal peribadi sesuka hati.

“Jadi, bagi mengelakkan banyak masalah dan cerita-cerita kurang enak, saya nekad untuk ‘unfollow’ Zara di Instagram dan tidak membaca sebarang cerita negatif mengenainya di Instagram. Saya bimbang andai hubungan kami dilanda masalah, ada pihak cuba menokok tambah cerita,” katanya.

Terdahulu, Hafreez berkata sebelum bertunang mereka tidak pernah bergaduh, tetapi ianya berbeza selepas bertunang namun dia menganggap itu hanya dugaan dan ujian sepanjang tempoh pertunangan.