fbpx

Zara Zya, Hafreez Adam Bakal Kahwin Oktober Depan

Tahniah diucapkan buat pasangan Hafreez Adam dan Zara Zya yang selamat mengikat tali pertunangan semalam. Majlis yang cukup meriah itu hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat pasangan sahaja.

BACA: “Keluarga Hafreez Adam Sudah Datang Merisik Saya”

“Saya minta maaf sebab tidak maklumkan awal atas atas permintaan keluarga yang mahukan majlis tertutup. Sebenarnya tak ada niat nak sorokkan. Alhamdulillah, majlis tadi berjalan lancar”

“Sejujurnya, sejak sebulan lalu lagi memang berdebar sebab nak melangkah ke fasa baru sebagai tunangan orang. Apatah lagi majlis hari ini mempertemukan keluarga besar kedua belah pihak”

Dalam pada itu, Hafreez berkata, mereka akan mengikat tali pertunangan selama setahun. Bagaimanapun andai diberikan rezeki lebih, Hafreez tidak menolak untuk melangsungkan pernikahan lebih awal.

“Atas permintaan keluarga kalau boleh bertunang dalam tempoh setahun. Tapi, kalau ada rezeki lebih cepat lagi bagus iaitu mungkin enam bulan. Jadi, mulai sekarang kami sudah boleh fikir dan buat persiapan sedikit demi sedikit”

“Soal kahwin ini bukan main-main. Banyak perkara kena ambil kira. Malah, untuk majlis nikah dan persandingan nanti kami merancang buat di sini saja. Jika boleh sekalikan majlis persandingan untuk kedua belah pihak,” kongsinya.

Dalam majlis pertunangan itu, Hafreez menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang daripada pihak Zara. Difahamkan pasangan ini bakal melangsungkan pernikahan pada Oktober depan. (rtky/w)