Tahniah diucapkan buat Zara Zya yang memaklumkan berita gembira, menerima kedatangan keluarga kekasih yang juga pelakon, Hafreez Adam pada awal September lalu dalam majlis merisik di kediaman keluarganya.

BACA: Zara Zya Nafi Bakal Kahwin Hafreez Adam

Menurut Zara, majlis merisik tersebut berjalan dengan lancar namun diatas permintaan kedua belah keluarga, mereka terpaksa mengadakan majlis pernikahan secara tertutup dan tidak akan mengumumkannya.

“Keluarga Hafreez sudah datang berjumpa keluarga saya untuk merisik pada 8 September lalu. Semuanya berjalan lancar dan atas permintaan keluarga, kami terpaksa adakan secara tertutup dan tidak umumkan mengenainya,

“Kalau ikut perancangan, Insya-Allah akan ada majlis pertunangan. Apa-apa, kami akan maklumkan kelak,” kongsinya kepada Harian Metro mengenai berita gembira dirisik kekasih hati beberapa hari lalu.

Terdahulu pasangan ini mula berkenalan ketika berlakon bersama di dalam Mona Lisa, sekaligus menjalinkan hubungan cinta sehingga sekarang. Tahniah sekali lagi, semoga segala rancangan dipermudahkan. (rtky/w)