fbpx

Zara Zya: Ada Niat Bertudung Tetapi Belum Tiba Masanya

Mendapat perhatian ramai selepas membintangi drama bersiri popular Love You Mr. Arrogant, Zara Zya sebenarnya mempunyai sejarah hampir putus asa dalam bidang lakonan kerana tidak berpuas hati dengan mutu lakonan sendiri sebelum ini.

Ramai beranggapan gadis berusia 28 tahun ini orang baru dalam industri namun sebenarnya dia pernah membintangi beberapa drama antaranya Tanah Merah, Puisi Cinta Rubiah, Supermak, Tiga Budak Botak, Selipar Jepun Suria dan 3 Janji.

Namun selama lima tahun berada dalam industri, nama Zara Zya masih kurang popular dan ini dikatakan berpunca dari kurang keyakinan untuk beraksi di hadapan kamera kerana perasaan malu yang menebal sekaligus menyebabkan mutu lakonan teruk.

“Bertahun juga saya tidak berlakon dan hanya membantu menguruskan perniagaan keluarga,” ujar Zara Zya yang mengambil keputusan untuk bersara seketika dari dunia lakonan tidak berapa lama dahulu kerana kecewa dengan diri sendiri.

Namun pelakon ini bersyukur di’beri peluang untuk memegang watak utama dalam drama Love You Mr. Arrogant yang melonjakkan namanya ketika ini.

Bercakap tentang imej beliau, Zara Zya mengakui ada peminat terkejut melihat penampilannya di luar yang tidak bertudung dan meminta peminat menerima dirinya seadanya.

“Saya harap peminat faham, saya bertudung hanya untuk menjayakan watak tersebut sahaja — Insya-Allah sekiranya sudah sampai seru, saya akan lakukannya (bertudung),” jelas Zara Zya yang akan menjalani penggambaran drama terbaharu, Tiga Hati Ibu tidak lama lagi. (rtky/m)