Sudah lebih setahun bergelar suami kepada Nur Juliana Abdul Rani, penyanyi Zamani Slam meluahkan rasa syukur kerana telah mendirikan rumah tangga sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Zamani berkata kehidupannya kini lebih teratur dan bahagia kerana mempunyai isteri di sisi. Menurut Zamani, sakit tulang belakang yang dialaminya juga kini semakin menunjukkan peningkatan yang baik.
BACA: Mahu Fokus Umrah, Zamani Tak Bawa Telefon Ke Tanah Suci
“Alhamdulillah..keadaan saya okay saja dan bersyukur selepas kahwin ini dah ada orang jaga. Nasib baik juga saya berkahwin sebelum pandemik COVID-19 dan perlaksanaan PKP. Kalau tak, sebelum ni duduk rumah seorang diri.
“Cuma masalah dari segi kesihatan saja. Sekarang ini saya masih jalani rawatan chiropractic. Saya harap-harap okay sebab nampak ada progress. Tapi dah mula banyak kerja nanti, saya tak tahu lagi macam mana,” katanya.
Bakal mengadakan konsert bersama kumpulan Slam tahun depan, Zamani berkata masalah kesihatan yang dialaminya itu tidak akan mengganggu persiapan dan prestasinya. Malah, dia kini banyak berada di rumah dan berehat sahaja.