fbpx

“Zamani Mungkin Pulangkan Imuniti, Tak Adil Buat Yang Lain”

Pelbagai spekulasi timbul selepas Zamani gagal menyanyikan lagu di pentas Gegar Vaganza hujung minggu lalu. Manakala tawaran Datuk Aliff Syukri sebagai penaja memberi imuniti memanaskan lagi situasi.

BACA: “Permintaan Zamani Untuk Tarik Diri Tak Diendahkan”

Sebagai pengurus Zamani, Johan Aziz mengakui Aliff ada menawarkan imuniti tersebut namun pihaknya masih belum membuat keputusan untuk menerimanya atau tidak kerana bergantung kepada kesihatan Zamani nanti.

“Saya yang uruskan Zamani, jadi saya orang yang bertanggungjawab untuk membuat sebarang kenyataan tentang Zamani. Zamani seorang yang jujur, dia masuk GV5 cara baik, dia akan keluar dengan cara baik”

“Memang Datuk Alif Syukri ada menawarkan imuniti tapi kami belum membuat keputusan untuk terima atau tidak. Semuanya bergantung pada kesihatan Zamani, jika Zamani masih tidak boleh menyanyi kami akan pulangkan imuniti itu kerana ia tidak adil untuk peserta lain”

Ramai berasa sebak apabila Zamani hanya terduduk dan menangis kerana tidak mampu meneruskan persembaha kerana peti suaranya yang koyak.Manakala Johan meminta peminat untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.

“Zamani tidak putus-putus meminta maaf, katanya tidak ada rezeki untuk dia di sini lagi. Dia juga menangis kerana telah menghampakan peminatnya,” jelas pengurusnya mengenai status Zamani sekarang. (rtky/w)