fbpx

Zamani Belum Boleh Mencangkung, Masih Solat Duduk

Umum mengetahui, hujung tahun lalu penyanyi Zamani menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat skoliosis dan kini sudah pulih lebih 80 peratus.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Memetik Astro Awani, Zamani berkata dia kini memerlukan berjumpa dengan doktor secara berkala iaitu setiap enam bulan.

BACA: Zamani Dedah Pernah Telan 20 Biji Panadol, Harap Jadi Iktibar

“Alhamdulillah, kesihatan saya semakin baik biarpun tak cecah 100 peratus, mungkin dalam 80 peratus. Tapi bagi saya dah boleh bekerja. Kalau dulu follow up dua minggu sekali, tapi sekarang selang enam bulan jaraknya.

“Kali terakhir check up doktor maklumkan keadaan saya semakin baik dan tak memerlukan pembedahan lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Zamani turut berkongsikan dia masih menunaikan solat dalam keadaan duduk kerana postur badannya masih terbatas jika mencangkung.

“Berdiri semua okey, cuma tak boleh mencangkung. Nak duduk tahiyat atau antara dua sujud masih belum boleh lagi.

“Kalau saya solat pun masih dalam keadaan duduk, sejak lebih setahun lalu. Mungkin saya yang tak berani mencuba atau takut-takut lagi,” katanya.

Minggu lalu Zamani antara bintang hot seat All Stars Gegar Vaganza yang bakal berentap bersama 15 lagi bintang lain untuk merebut gelaran juara.