fbpx

Zamani Dedah Pernah Telan 20 Biji Panadol, Harap Jadi Iktibar

Penyanyi Zamani mendedahkan dia pernah menelan 20 biji pil panadol ketika berdepan dengan ujian dan episod hitam dalam hidupnya sebelum ini.

“Susah Hidup & Cari Kerja Sebagai OKU, Terjejas Pula Kerana Gerakan Boikot”

Baru-baru ini, Malaysia menyaksikan gelombang gerakan sosial di mana pengguna dan aktivis mendesak untuk memboikot produk yang berkaitan dengan Israel. Gerakan ini, terutamanya dipicu oleh konflik di Timur Tengah, telah menimbulkan perdebatan dan tindakan di...

Baca Lagi

Memetik Harian Metro, Zamani berkata ketika itu dia merasakan dirinya tidak berguna serta berharap kesilapan yang dilakukannya itu dapat dijadikan iktibar buat mereka di luar sana.

BACA: Berhenti Jalani Fisioterapi, Bahagian Belakang Zamani kembali Sakit

“Maaf cerita, saya mahu perkara ini jadi ikhtibar. Semua orang ada lalu zaman mereka tunggang terbalik. Waktu itu saya rasa diri saya macam ‘useless’ (tak berguna). Rasa hidup macam tak ada guna.

“Pada waktu itu semuanya diuji. Dari segi kerjaya, arwah mak saya pergi, kereta hilang dan banyak lagi. Saya percaya sebab benda ini datang, mesti ada kita tersilap atau apa.

“Jadi pada waktu itu, saya fikir memang tak boleh. Nak kelar tangan ke? Saya memang patut bersyukur, patut minta ampun dengan perbuatan itu kan?” katanya.

Dalam pada itu, Zamani mengakui ketika itu dia menemui jalan buntuk selepas diuji dengan bermacam-macam ujian namun bersyukur diberikan peluang untuk perbaiki kesilapan.

“Selepas tersedar, saya bersyukur masih diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan. Malah, saya menjadikan apa yang berlaku sebagai ruang untuk memperbaiki kesilapan diri.

“Kaji balik masalah-masalah yang saya hadapi ketika itu, selesaikan secara perlahan-lahan. Alhamdulillah, rezeki pun semakin masuk. Kuncinya adalah kita harus yakin saja,” katanya.