Zamani Bakal Bertunang Dengan Gadis Pilihan
Sekian lama hidup membujang, penyanyi lagenda Zamani mengumumkan akan bertunang dengan gadis pilihannya bernama Juliana.
Perkhabaran gembira itu diumumkan oleh vokalis kumpulan Slam itu di sebuah majlis sambutan Aidilfitri, Sabtu lalu. Menurut Zamani, beliau sudah lama mengenali Juliana atau lebih mesra dengan panggilan Julie.
BACA: “Saya Memang Rancang Nak Kahwini Dia Tapi … “
Malah, gadis itu juga sering hadir memberikan sokongan ketika Zamani bertanding dalam rancangan Gegar Vaganza 5 dan antara individu yang sering memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Bagaimanapun, Zamani memberitahu masih belum mempunyai tarikh tepat untuk majlis pertunangannya.
“Masih belum dapat kerana kami masih mencari-cari tarikh yang sesuai.
“Apapun saya mengharapkan restu peminat agar mendoakan perancangan ini jadi kenyataan dan majlis nanti berjalan lancar,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Juliana yang dihubungi berkata segala urusan dan perancangan diserahkan kepada Zamani.
- SUMBER
- Harian Metro
Fuh. Akhirnya.
Please take note CTDK. Hahaha.
bkn ke Juliana ni yg skali kena tangkap sebb dadah tu?
huhuhuhu..
Rasuah lagi teruk dari dadah
Jgn fkir bdan sekeping ni x laku…suara mau tau..zamani ye
rasanya..perkataan bakal tu..msih ragu-ragu..dlm bertunangpun byk ragu-ragu..lebih baik terus nikah..itu je…majlis nnti.
Nikah truskan bgus.. umur da lanjut .kenal da lama..da umur2 mcm Tak sesuai bertunang…
Mudah2an bakal dia jaga zamani dgn baik bl da nikah..tgk zamani ni baik orgnya.lembut je..dia pun nk jgk rasa tunang tu cmna..mcm jgk pompuan..tp skrg tunang da mcm kawin ek..siap baju lengkap mcm pengantin tangan siap berinai.apa aku melalut ni..haha..tahniah zamani dan pasangan..moga korang kekal sampai jinjang pelamin…tringin nk tgk zamani sanding…
Tahniah zamani, moga kesampaian hajat utk berumahtangga. Aminn..
Zamani, tak payahlah tunang2, bazir waktu je.. Akad nikah teruslah.. Buat yg wajib kerana Allah.. Mdh2an berbahagia hingga ke Jannah.. In syaa Allah, Aamiin Ya Rabbal ‘Alamiin..