fbpx

“Saya Memang Rancang Nak Kahwini Dia Tapi … “

Selepas berakhirnya konsert final Gegar Vaganza 5, Zamani mendedahkan yang beliau kini sedang menghidapi penyakit Skoliosis yang mengakibatkan tulang belakang membengkok.

Selain itu, penyanyi tersebut juga mendedahkan yang beliau kini sedang bercinta dengan seorang wanita yang dikenali sejak lima tahun lalu dan ada niat untuk mendirikan rumahtangga.

BACA: Berdepan Risiko Akan Lumpuh Selamanya, Zamani Tangguh Bedah

“Sejak menghidapi penyakit ini, saya tidak boleh berdiri lama ketika buat persembahan dan nak tarik suara pun susah. Doktor pun ada cadangkan untuk menjalani pembedahan tapi bila diterangkan yang saya mungkin lumpuh, jadi saya tak mahu lakukan”

“Jadi sebab itu saya mahu memberi tumpuan untuk baikkan dulu tulang belakang dan selepas itu barulah fikirkan untuk mendirikan rumah tangga,” ujarnya.

Zamani turut mengatakan yang beliau bukan tidak mahu mendedahkan siapa gerangan wanita bertuah itu tetapi lebih kepada berhati hati jika apa yang dirancang tidak menjadi.

“Sekarang ini bagi saya di bahagian saya tidak ada masalah, cuma saya risau keluarga tak boleh terima. Tapi kalau saya ke peringkat seterusnya saya akan maklumkan pada semua,” tambah Zamani lagi. (rtky/m)