fbpx

Zamani Akur Ramai Pertikai, Tak Puas Hati Mara Ke Final GV5

Nampaknya tidak semua orang berpuas hati dengan keputusan juri untuk memilih Zamani sebagai salah seorang peserta yang layak ke peringkat akhir Gegar Vaganza 5 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Walaupun sudah mendapat penjelasan dari salah seorang juri tentang keputusan tersebut, masih ada mereka yang berpendapat Zamani tidak layak untuk mendapat tempat ke peringkayt akhir kerana persembahan kurang memberangsangkan.

BACA: Datuk Ramli MS Perjelas Sebab Zamani Mara Ke Final GV5

https://www.youtube.com/watch?time_continue=101&v=HQv_rmswqtc

Bercakap kepada media baru baru ini, Zamani akur dengan apa yang terjadi dan menganggap semua pihak ada hak sendiri untuk meluahkan rasa tidak puas hati.

“Hak mereka untuk bersuara, sudah tentunya ada yang tak puas hati, kalau saya berada di situasi mereka yang menonton pun saya tak puas hati tetapi saya harap kritikan itu dilakukan menerusi saluran yang betul”

“Saya percaya kepada rezeki dan akan cuba memberikan yang terbaik di peringkat akhir GV5 nanti,” ujar Zamani. (rtky/m)