fbpx

Zain Saidin Tak Pernah Suruh Che Ta Buat Kerja Rumah

Pelakon Rozita Che Wan meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang tidak cerewet dalam hal urusan rumah tangga sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Menerusi perkongsian di TikTok, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata suaminya, Zain Saidin tidak pernah menyuruhnya melakukan kerja rumah. 

BACA: “Janganlah Bandingkan Anak Anda Dengan Anak Artis” – Che Ta

Malah, suaminya tidak menghalang jika dia pulang lewat ke rumah jika ada tugasan sebaliknya sangat menitikberatkan mengenai solat dan aurat.

“Alhamdulillah syukur untuk 10 tahun yang membahagiakan walaupun saya kadang-kadang jadi singa. Untung kami dapat suami macam Zain. Paling tidak cerewet, tak pernah suruh kami kemas rumah, basuh baju dan pinggan.

“Saya keluar lepak balik pukul 4 pagi pun dia tak tanya. Yang dia akan tanya, sayang sudah solat? Yang dia akan tegur hanya kalau aurat saya ternampak,” katanya.

Dalam video tersebut, Che Ta menitipkan pesanan agar mencari pasangan yang tahu menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bukan yang memiliki kemewahan sahaja.

“Tak perlu lelaki kaya untuk rumah tangga yang bahagia janji tahu tanggungjawab masing-masing. Cari yang tahu agama dan praktikkannya bukan hanya tahu agama tapi jadi penunggang. Nauzubillah. Sebenarnya dalam apa juga keadaan dalam hidup ini, sederhana itu utama,” katanya.

Baru-baru ini, Che Ta disahkan positif COVID-19 dan terpaksa membatalkan hasrat meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10 bersama Zain.