Pelakon Zahirah MacWilson berkata masih lagi dalam proses memperbaiki diri ke arah lebih baik selepas tampil berhijab.
Memetik mStar Online, Zahirah berkata dia terpaksa menolak beberapa tawaran kerja selepas memaklumkan mengenai penampilannya kini yang berhijab.
BACA: Zahirah MacWilson Sudah Mula Bertudung Sejak Dua Bulan Lalu
“Sebelum saya terbuka berkongsikan tentang penampilan ini ada banyak tawaran yang datang. Sebagai manusia ada juga terfikir nak tolak tawaran atau tangguh niat bertudung.
“Tpai bila dah betul berhijab saya terpaksa tolak beberapa tawaran. Sentiasa percaya pada rezeki. Kalau bukan untuk saya, ia untuk orang lain,” katanya.
Berkongsi lanjut, Zahirah berkata dia sudah mula mengenakan hijab sejak dua bulan lalu namun tidak berkongsikan kepada umum.
“Niat nak pakai tudung dah ada sejak tahun lalu. Saya mula pakai tudung sekitar dua bulan lepas. Mula-mula sekadar suka-suka namun akhirnya kekal. Saya masih orang yang sama, masih lagi mencuba,” katanya.
Sumber: mStar Online