Zahirah Macwilson Nak Cari Maid, Sibuk Jaga Anak Sampai Badan Susut
Selepas hampir setahun berehat daripada belakon kerana menumpukan perhatian pada anak, pelakon Zahirah MacWilson berkata sudah tiba masanya untuk dia kembali bekerja.
Menurut Zahirah lagi, dia kini dalam perancangan untuk mencari pembantu rumah yang akan membantu menjaga anak lelakinya, Isaac Raees.
BACA: Zahirah Macwilson Akui Letih Urus Rumahtangga Sendirian
“Isaac sekarang dah nak masuk 11 bulan dan sudah mula nak berjalan-jalan, bercakap serta berinteraksi dengan orang. Saya nak je berlakon semula, cuma tak ada orang nak jaga Isaac.
“Sekarang ni saya menjaga Isaac dengan nenek di rumah. Saya juga sedang mencari pembantu rumah, sebab tak dapat nak buat semua benda.
“Kalau dah jumpa nanti, mungkin saya akan cuba bawa Isaac bersama sebab tak mahu la bergantung 100 peratus dengan pembantu rumah. InshaAllah bila sempadan negara dibuka semula, saya nak bawa ibu ke Malaysia untuk menjaga Isaac sekejap,” katanya.
Dilihat semakin langsing seperti sebelum berkahwin, Zahirah berkata dia tidak mengamalkan diet sebaliknya berat badannya susut kerana sibuk menguruskan anak.
“Ramai yang ingat saya bersenam, tetapi sebenarnya tidak. Saya tak amalkan diet mahupun sebarang senaman. Saya makan je semua benda, yang manis-manis pula tu. Rasanya kena jaga lepas ni takut kena kencing manis pula.
“Saya rasa jaga anak memang buat kita cepat turun berat badan sebab kadang-kadang sampai tak sempat nak makan,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Tajuk yang lebih sesuai tapi kurang sensasi “Zahirah nak cari maid kerana mahu kembali bekerja”
RK ni tajuk pun…
Zahirah tak tahan bau taik.Salin pampers.
Tu je.. kena bangun mlm cuci spender laki.
X pyh le kerja apa guna berlaki? Ke asalkan berlaki? Belom setahun dah penat huhuTunggu 3-4 tahun bila ank dh mula tarik habis perabut. Time tu banyak parents hilang akal.
Ini la realiti bila dh berumahtangga. Off topic la. Bkn bincng psl zahirah ni. Lebih kpd secara am nya….Yg byk nak kawin awal sbb nak romen. Okay tu x jd masalahn tapi lps kawin ni semua perkara kne ada timbng rasa. Somi perlu tolong isteri juga sbb sama2 bekerja. Lain la somi poket lebat. Boleh la buat x nmpk je tahi anak kat pampers dah penuh etc byk bdk lps spm terus nikah. Tp ilmu rumahtangga x cukup. Kesabaran xde. Hasilnya byk yg bercerai berai.
Aick acik tudung labuh kepam dok kat rumah jaga anak ke? Tak ada maid ke? Saja tanya, laki kau mampu ke? Mesti la mampu kalau dah poligami kan gitu?
x pyhlh keja, xde sapa pun rindu.. ko dah kawin, mmg sendu.. sekian
Biarlah dia kerja. Laki dia pon kena tanggung keluarga sendiri.
Tak kan dia nak minta duit suami sara nenek, mak ayah dan keluarga sebelah dia? Muda lagi. Segar wangi ja tengok.
Sendu tu Ritrude asyik merempan psl vaksin. Bagi job pon berlagak tolak. Memang patut bersara.
Zahirah elok ja tak cari pasal dengan orang.