Zahirah Macwilson Akui Letih Urus Rumahtangga Sendirian
Tidak dinafikan bukan mudah untuk wanita yang sudah bergelar ibu menguruskan keluarga serta anak dalam masa yang sama perlu bekerja.
Perkara itu juga turut dilalui pelakon Zahirah Macwilson yang meluahkan rasa letih apabila perlu menguruskan rumah tangga seorang diri tanpa suaminya, Aiman Hakim yang sudah kembali bekerja dan mula menjalani penggambaran.
BACA: Pertama Kali Jumpa, Bapa Zahirah Macwilson Menangis Dukung Cucu
“Menjaga Isaac, menjaga nenek, mengemas rumah, membersih, memasak, mengurus kerja saya sendiri/content.
“Belum lagi sebut pasal Isaac hilang selera makan sebab sakit gigi nak tumbuh (buatkan dia makanan dan dia langsung tak ada rasa nak makan). Mengurus segalanya sendirian. Sejujurnya saya tak pernah rasa hilang tenaga macam ni,” luahnya.
Kata Zahirah lagi, dia terpaksa luahkan kerana dirinya terlalu penat menguruskan rumah tangga sehingga dia terlupa untuk makan.
“Harus luahkan sedikit sebab saya terlalu penat dan lengan lenguh (dukung 9kg setiap hari dan sampai lupa nak makan). Dah tak kisah dengan rupa saya sebab.. Keutamaan dah berbeza sekarang,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Zahirah berkata dia bukan ingin merungut namun apa yang dirasainya perlu diluahkan. Malah, Zahirah turut bertanyakan ada atau tidak mereka diluar sana rasa terlalu penat sheingga mahu menjerit.
“Bukan nak mengeluh atau apa-apa tapi cuma ingin luahkan. Ada sesiapa yang rasa penat hingga sampai satu masa mereka ingin breakdown atau menjerit?
“Tidak kira sama ada anda ada seorang anak atau lima, tiada anak dan cuma melalui saat yang sukar dan saat yang menekan,” katanya.
- SUMBER
- Murai.my
Untung artis kaya raya yang ada banyak maid mcm tokti. Tips nak hidup senang carilah datok kaya raya takdelah mengeluh penat mcm zahirah ni.
Ni tgok mcm mana parents bring up anak dorang sejak kecil utk bljr kendiri. Dah besar takde la kekok ..merungut buat keja rumah..bela anak..kalo jodoh laki miskin pemalas.
Masa bercinta semua indah dah kwin ada anak ada masalah ha baru ko penuh akal…
amboiii dengar tu tips nak hidup senang dari Ct Nurhaliza…. sekurang2 nya Zahirah lebih berhati mulia..
bair pun sanggup jadi PELAKOR @ penyoldol & membuat dosa takhbib… hati2 jgn pulak laki/bini si anak disondol org dimasa hadapan.. kifarah itu pasti..
Nenek pon dia jaga dek! Gilo tak penat. Karenah baby. Karenah orang tua. Kena kerja dari rumah. Kena kemas rumah. Kena masak. Kena jadi bini. Hadap seorang diri. Takut depresi. Sakit mental. Ramai sangat dok rumah lama lama since Covid. Tak elok untuk kesihatan emosi mental. Boleh koyak. Find a maid like Scha Al Yahya. U cantik patut kerja kuat di luar masa muda. Nanti dah tua baru boleh byk stay at home macam Dato Siti Nurhaliza. Now go out make money. Sempat lagi make memories in ur children while they not yet a teenager. Go Zahirah go!
Normal je ni. Lama2 biasa le tu
Sabarlah Ira. I know what you mean. Siapa tuduh u mengada mereka tak pernah lalui pengalaman sama. Normal tahik dia. Ira strong. Semoga Allah murahkan rezeki dan permudahkan life Ira.
ok la tu..it’s normal yg baru ade ank…
lame2 okey la..