fbpx

Zahirah Macwilson Dipuji Tak Tinggal Anak Walaupun Bekerja

Sudah kembali bekerja seperti biasa, namun kali ini sedikit berbeza apabila pelakon Zahirah Macwilson sudah bergelar ibu.

Bagaimanapun, tindakan Zahirah yang tidak sesekali meninggalkan anak kecilnya, Isaac Raees ketika keluar bekerja dipuji peminat.

BACA: Zahirah Macwilson Ajar Netizen Cara Sebutan Nama Isaac Raees

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Zahirah ada memuat naik foto sedang memerhati anaknya ketika sedang disolek.

Dalam pada itu, Zahirah berkata dia sangat beruntung kerana dapat membawa sekali anaknya ke tempat kerja serta memahami tidak semua ibu dapat melakukan perkara sama kerana tiada pilihan.

“Alhamdulillah, saya sangat beruntung dapat bawa sekali anak lelaki saya ke tempat kerja tapi tidak semua ibu di luar sana dapat kesempatan seperti ini.

“Kalau tinggal, tidak bermakna kita tak sayang baby. Sesetengah ibu tiada pilihan dan terpaksa berkorban demi mencari rezeki untuk keluarga,” tulisnya.

Dalam pada itu, Zahirah berkata semenjak bergelar ibu dia lebih mengerti pengorbanan yang dilkukan oleh ibunya sendiri.

“Bila dah jadi ibu ni, kita sendiri akan sedar betapa besar pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu kita sendiri.

“Bukan sahaja daripada sudut kerjaya tetapi juga daripada segi mental, fizikal, emosi serta ketenangan minda mereka,” katanya.

Zahirah mendirikan rumah tangga dengan Aiman Hamik Ridza pada 20 Februari tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Isaac Raees pada 5 Januari lalu di Perth, Australia.