Zahirah Macwilson Ajar Netizen Cara Sebutan Nama Isaac Raees
Selepas hampir tiga bulan, beberapa hari lalu pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza mendedahkan wajah anak sulung mereka yang diberi nama Isaac Raees.
Menerusi Insta Story, Zahirah memberitahu dia menerima banyak pertanyaan mengenai pemilihan dan cara sebutan nama anaknya yang betul.
BACA: Zahirah & Aiman Dedah Wajah Anak, Beri Nama Isaac Raees
Zahirah berkata dia sudah memanggil anaknya dengan nama Isaac sejak dalam perut lagi dan pemilihan nama itu disebabkan keunikan ejaan dan dia mahukan nama dengan makna Islamik namun jarang digunakan.
“Saya sukakan nama Isaac. Nama itu termasuk dalam senarai lima nama yang saya simpan dalam telefon. Ibu saya pun suka dan bila saya cadangkan kepada Aiman, dia pun suka.
“Sejak kandungan saya mencecah empat, lima bulan, kami sudah mula panggil bayi kami degan nama Isaac. Raees juga ada dalam senarai saya.
“Saya syka ejaan yang unik. Saya mahu sesuatu dengan makna Islamik tapi pada masa yang sama rare. Isaac Raees sempurna untuk kami,” katanya.
Menerusi entri itu, Zahirah turut mengajar cara sebutan Isaac bukan dengan menyebut Aizat tetapi gabungan ‘eye’ dan Zac.
Zahirah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 5 Januari 2021 di Australia. Oktober tahun lalu, Zahirah dan Aiman mengambil keputusan untuk tinggal di Australia bersama keluarga sehingga selamat melahirkan.
- SUMBER
- mStar Online
Ni pon nak kena ajar ker natizen bengap oii?.
Korang pergi ikot fb Rani Kulop jer lahhhh
ummah net negara memang la slow..
money laundering pun x tahu inikan sebutan nama2 moden gini.
siti dorang tahu la sebut. sebab tu siti kasim femes.
SPM lepas taak?
Sibuk nama ank org mcm la baby tu kenal ko!
Kalau Isaac pun tak tau sebut tak tau apa nak cakap…eyes rolling…rolling…rolling
X rare pon. Ramai je kwn anak anak kat skool nama isaac
Apa netizen tu golongan rendah IQ! Keciciran! Nk sebut nama Isaac pun bengap!! Tule g study klo bengap jgn main IG je scroll retis!!
sebutan tak betul.
Ejaan entah hapa-hapa.
Itulah mentaliti Melayu.
Contoh.
A-kum
c-2
gais’
siapa yg ajar ejaan macam ni ya?
X susah pun sebut isaac..
Belambak kut org jantan nama isaac..
Pun eyes rolling rolling rolling
ok la nme anak dia ade maksud.. senang je sebut.. patut Isa Rais..tp dia english kn ke Isaac Raees haaa gitewww..