fbpx

Zahirah Macwilson Dikecam Tayang Aksi Tukar Baju

Sebut saja nama Zahirah Macwilson, orangnya memang cantik dan lengkap pakej memiliki tubuh tinggi lampai. Apa saja pakaian yang dikenakan pasti nampak cantik dan menarik, malah feseynnya turut menjadi ikutan ramai.

Baru-baru ini, Zahirah ada berkongsikan videonya menggayakan beberapa pakaian. Mungkin untuk dijadikan inspirasi kepada pengikutnya untuk padanan baju yang boleh digayakan.

BACA: Zahirah Dedah Aiman Hakim Jual Mahal Di Awal Perkenalan

https://www.instagram.com/tv/B34X3i1pi_9/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=dlfix

Meskipun ramai yang memuji bentuk badan Zahirah yang langsing dan seperti model, namun ada yang kurang senang dengan perkongsian tersebut.

Ada yang mengatakan Zahirah seakan tiada rasa malu menukar pakaian di hadapan kamera dan sengaja mahu meraih perhatian.

Mungkin niat Zahirah hanya mahu menunjukkan cara berfesyen dengan konsep ‘mix & match’, tapi seperti biasa pasti akan ada sahaja serba tak kena di mata netizen.