fbpx

Zahirah Dedah Aiman Hakim Jual Mahal Di Awal Perkenalan

Baru sahaja mengikat tali pertunangan pada Jun lalu, semalam pasangan sama cantik sama padan, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza mengumumkan bahawa mereka akan bernikah pada Februari 2020.

Menerusi satu perkongsian video oleh Media Hiburan, pasangan itu sempat berkongsikan kisah sewaktu di awal pertemuan mereka. Menurut Zahirah, bakal suaminya itu seorang yang sukar untuk didekati.

BACA: “Saya Sebenarnya Tak Mahu Zahirah Berkahwin Sebab…”

Kata Zahirah, Aiman tidak membalas mesejnya pada awal perkenalan dahulu. Aiman pula memberitahu dia tidak menyangka bahawa Zahirah adalah orang yang menghantar mesej tersebut.

https://www.instagram.com/tv/B0lOJGNHPE7/?utm_source=ig_embed

Menurut Zahirah lagi, dia turut menghantar mesej mengajak Aiman untuk berlakon bersamanya menerusi drama Curi-Curi Cinta.

Diruangan komen video tersebut, rata-rata netizen mendoakan semoga hubungan pasangan ini sampai ke jinjang pelamin dan berkekalan. Namun, ada yang mengatakan tiada masalah jika ‘perigi cari timba’ untuk gadis secantik Zahirah dan bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita.

Apa pun pasangan ini memang sepadan sangat. Kami mendoakan agar segala persiapan untuk menuju ke gerbang perkahwinan dipermudahkan.