fbpx

Pertama Kali Jumpa, Bapa Zahirah Macwilson Menangis Dukung Cucu

Umum mengetahui, pasangan pelakon Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza menimang cahaya mata sulung mereka di Perth Australia pada 5 Januari lalu.

Selepas usia anaknya mencecah tiga bulan, barulah mereka pulang ke Malaysia. Namun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Zahirah tidak dapat membawa anaknya itu berjumpa bapanya, Zainol MacWilson kini tinggal di Perlis.

BACA: Tak Ada Job Berlakon, Bapa Zahirah Macwilson Tak Malu Jual Baja

Mengambil peluang memandangkan aktiviti rentas negeri telah pun dibenarkan, bapa Zahirah tidak dapat menahan sebak apabila pertama kali bertemu cucu selepas 10 bulan dilahirkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Zainol dilihat menitiskan air mata apabila mendukung Isaac Raees dan berpaluang mencium cucu sulungnya itu selepas sekian lama menanti.

Perkongsian Zahirah itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut tumpang gembira dengan pertemuan tersebut lebih-lebih lagi Isaac yang dilihat sangat manja.

Sebelum ini Zahirah membuat keputusan untuk melahirkan cahaya mata di Perth, Australia memandangkan ibunya menetap di sana. Untuk rekod, ibu dan bapa Zahirah telah pun berpisah dan masing-masing telah mempunyai keluarga sendiri.