fbpx

Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Nikah Khamis Ini?

Selepas mengikat tali pertunangan pada Jun tahun lalu, timbul gosip mendakwa pasangan sama cantik sama padan, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza bakal diijabkabulkan pada Khamis ini.

Bagaimanapun, Zahiran lebih selesa mengunci mulut mengenai perkara itu. Ujarnya, dia tiada niat untuk merahsiakan tarikh perkahwinan sebaliknya ingin memberikan kejutan.

BACA: Zahirah Dedah Aiman Hakim Jual Mahal Di Awal Perkenalan

“Bukan niat berahsia tetapi majlis itu cukup besar buat saya. Jadi biarlah perkara itu menjadi satu kejutan.

“Tunggu dan lihat sahaja pada hari kejadian (merujuk kepada Khamis ini). Majlis itu akan diadakan di Malaysia,” katanya kepada BH Online.

Tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai majlis pernikahannya, bagaimanapun Zahirah mengaku segala persiapan berjalan dengan lancar.

Sebelum ini, Zahirah dan Aiman memuat naik beberapa foto dipercayai gambar praperkahwinan dengan tanda pagar #aavethedate200220. Susulan itu, timbul spekulasi bahawa mereka bakal disatukan pada tarik berkenaan iaitu Khamis ini.