fbpx

Zahirah Kecewa Dengan Dakwaan Zul Ariffin?

Kami tidak tahu bagaimana mahu merumuskan status hubungan pasangan ini tapi jika dilihatkan kepada keadaan situasi sekarang, nampaknya kini hubungan di antaran Zul Ariffin dan juga Zahirah MacWilson adalah complicated.

BACA: “Zahirah Belum Jelaskan Apa Apa Pada Saya”

Muatnaik beberapa quotes di Insta Story Zahirah baru-baru ini bagai memberi gambaran bahawa Zahirah sedang melalui detik sukar dalam hubungan selain turut terluka dengan kenyataan yang dikeluarkan untuk kekasihnya (buat masa ini) iaitu Zul.

Umum mengetahui pasangan ini bercinta walaupun kadang-kadang tuan badan sendiri tidak mahu perkara tersebut menjadi fokus dalam kerjaya mereka. Namun perselisihan faham di antara Zahirah dengan Kamal Adli baru-baru ini menimbulkan kekeliruan buat Zul.

Zul seperti kebanyakan lelaki yang tidak mahu merumitkan sesuatu situasi dalam masa yang sama turut memberi bayangan bahawa hubungan mereka ini tidak akan berpanjangan. Mungkinlah.

“Ya, saya berjumpa mereka bertiga dan saya hanya mendengar dan jadi saksi sahaja. Pada masa sekarang apa yang boleh saya buat? Kalau saya tidak okey atau okey sekalipun apa pilihan saya?”

“Kepada tiga-tiga orang ini saya nak berpesan dan ucapkan terima kasih dan buatlah apa korang nak buat. Saya hanya nak teruskan hidup seperti biasa,” memetik kata-kata Zul kepada mStar Online.