fbpx

Zahirah Dedah Mesej, Kamal Adli Malas Layan

Hubungan cinta tidak kesampaian di antara pelakon Kamal Adli dan juga Emma Maembong kini memasuki episod terbaru apabila gandingan drama bersama Kamal iaitu Zahirah MacWilson berkongsikan perbualan mereka bersama di Instagram.

BACA: “Saya Dan Kamal Adli Sudah Putus Cinta”

“Petik nama orang pandai, kencing girl friend pandai, cover kesalahan sendiri kat media pandai, kutuk kawan baik pandai. If you can’t be professional don’t drag people to your mentality. Jangan disrespect nama orang, kerja orang dan life orang”

“Jadi matang sikit dan jangan hendak perasan lebih. Fokus kat kerja instead of jahanam kan image (imej) orang. Tak fasal-fasal disebabkan kerja bangang macam ni, orang lain nampak teruk. Stop the storytelling,” luah Zahirah.

Sementara itu, melalui mStar Online, Kamal menyatakan dia sudah cukup penat untuk melayan segala apa yang dilaluinya kini dan mengambil keputusan untuk tidak terus bercerita tentang perkara berkenaan.

“Isu ini sepatutnya sudah selesai sebab kami semua sudah berjumpa minggu lalu. Saya tidak tahu mengapa Zahirah bertindak demikian. Tapi biarlah, saya pun sudah penat biar orang ramai menilainya sendiri. Saya tidak perlu komen kerana perkara ini hanya akan menampakkan kami bodoh sahaja,” jelasnya.

Bagi anda yang tertanya-tanya, hubungan di antara Emma dan Kamal baru-baru ini dikatakan berantakan malah dalam masa yang sama nama Zahirah turut dikaitkan.

Apa yang menariknya, karaoke sekali lagi menjadi topik yang dibincangkan oleh Kamal dan Zahirah di dalam mesej mereka. 2017 ialah tahun karaoke. (rtky/s)