fbpx

“Saya Dan Kamal Adli Sudah Putus Cinta”

Setelah beberapa kali berdolak-dalik mengenai status sebenar hubungan mereka, akhirnya Emma Maembong memberitahu hubungan cintanya dengan Kamal Adli sudah putus. Malah difahamkan punca utama hubungan pasangan itu terbelah adalah akibat cinta lokasi diantara Kamal dan Zahirah Macwilson.

BACA: “Hubungan Kami Masih Baik, Tiada Isu Besar”

“Saya sudah tahu siapa Kamal yang sebenarnya dan hubungan kami sudah putus. Rasanya cukuplah sampai di sini saja. Saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini kerana tidak mahu disalah erti oleh mana-mana pihak. Malah, ada yang menganggap saya cemburu buta”

“Sebagai pelakon, saya memahami kerjaya sebagai anak seni. Bagi saya, ‘chemistry’ diantara pelakon, habis sebaik saja kamera dipadamkan dan tidak harus berpanjangan hingga ke luar lokasi. Kalau betul kemesraan di tunjukkan atas urusan kerja, kenapa perlu sorok seperti menyembunyikan sesuatu”

Disebalik penjelasan yang diberikan Emma, terselit rasa kecewanya terhadap hubungan yang sudah diberikan kepercayaan dan akhirnya musnah begitu sahaja. Jika difahami sebetulnya kenyataan Emma, Kamal dan Zahirah sepertinya tidak mengaku dengan dakwaan hubungan mereka.

“Saya tidak boleh bersama dengan orang yang menipu dan kemudian menuding jari supaya kesalahan diletak pada bahu orang lain. Tiada sesiapa yang menjadi batu api dalam perkara ini. Semestinya teman rapat mahukan yang terbaik untuk saya dan tidak mahu melihat saya sering dikecewakan”

“Kami berempat (Emma, Kamal, Zahirah dan Zul Ariffin) duduk berbincang mengenai isu ini. Rasanya tidak perlu merumitkan keadaan dan lebih matang jika Kamal dan Zahirah mengakui kesilapan mereka,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai status hubungan mereka. (rtky/w)