Bapa Zahirah Macwilson Gembira Anak Berkahwin Tapi...
Pasangan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson baru saja mengumumkan tarikh perkahwinan mereka. Ramai tumpang gembira mendengar khabar itu namun lain ceritanya dengan bapa Zahirah, Zainol Macwilson yang merasakan anaknya masih muda untuk berkahwin.
BACA: Aiman Hakim, Zahirah Macwilson Nikah Februari 2020
“Perasaan saya sebagai ayah sangat gembira memandangkan saya pun sudah cecah usia 61 tahun. Rasa seronoklah sebab dia sudah bertemu pilihan hati. Kalau diikutkan saya sebenarnya tak nak Zahirah mendirikan rumah tangga buat masa ini sebab dia baru 24 tahun”
“Kalau boleh biarlah usianya cecah 25 tahun ke atas. Apapun saya hormati pilihannya. Kalau kita menghalang mungkin ada perkara yang tak elok berlaku jadi sebagai ayah, saya terima. Alhamdulillah tiba-tiba dia terpaut hati dengan Aiman”
Menyifatkan bakal menantunya seorang yang menghormati orang tua, Zainol memberitahu Aiman juga seorang pandai mengambil hati orang yang lebih tua walaupun pada awalnya beliau mempertikaikan keputusan anak gadisnya.
“Saya pula cakap pada Zahirah, kenapalah kakak nak keluar denngan artis? tetapi tak apa lah dia kata ini pilihanyna. Dia sangat menghormati orang, dari segi cara dia bercakap. Kita sebagai ayah boleh tahu seseorang itu ikhlas atau sebaliknya,” jelasnya kepada Media Hiburan.
Semalam, Aiman dan Zahirah mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan hari perkahwinan mereka yang bakal diadakan pada Febuari depan, namun tarikh majlis mereka masih belum ditetapkan. (rtky/w)
- SUMBER
- Media Hiburan
Umur 24 tahun tu elok sgt dah kahwin.. nak tggu 25 keatas katanya. Bkn jauh sgt pun beza setahun je. Drpd makin bnyk maksiat dorg buat bapa je yg tanggung dosa. Huhuhuhu tk paham aku. Ada je tak puas hati
Betul. Bg je nikah.
kalau anak ko baik pandai jaga diri tak pegang2 sane sni…ok.
kalau anak ko mcm belangkas, aurat dan berpegangan merata…teruskan lah.
benda boleh hahal …kenapa nak tangguh?
…tapi nak yang kaya kalu boleh? Pelakon lelaki…30an…dah kawin job pun alahai je kan pak wilson?
kalau aiman tu bisnesman kaya raya naik lambo ke ferrrari ke mesti kau tak sabar suruh anak kau kawen kan bapak kan kan kan. sebab tu kau tanya anak kau kenapa nak keluar dengan artis? boleh tahan mata duitan.
Apesal ko nk kepoh sgt. Dia ckp apa yg jujur ma. Anak dia still young. Msti lah byk lg yg dia mau anaknya capai. Tapi dia ckp dia redha dan agree lps bertemu dgn aiman. Jgn la kecam org tua. Ko ada anak cucu nnti pun blom tau mcm mne reaksi kon bukannya dia materialistik. Tah apa2 la netizen…
Pak wilson. U did the right thing. let them wed soonest possible.
tak payah taip omputih tu la sakit jiwa aku baca
Spttnya bab nikah kawin elok dipermudahkan sbb mrk ni nk bina masjid. Bab bercerai tu yg ptt diperleceh dan diperlengahkan sbb nk meruntuhkan masjid! Dua2 besar pahala tu, yg niat nk cepatkan kahwin dan yg berjuang nk pertahankan rumahtangga dari musnah!
Cuba Aiman tu kerabat ke.. anak Syed Mokhtar ke… famili yg awal2 suruh percepatkan!
Sebagai bapa harusnya uncle redha anak nak buat benda baik tu dirikan masjid. Uncle jgn ada kerisauan di hati.kesian zahirah dan pasangannya nnt. Bila tiada redha ibubapa, maka mcm mcm terjadi. Harap uncle terimalah aiman seadanya sebagai menantu. I wish one fine day u know that man is actually the best for ur daughter. Biar xbrp kaya janjI melayari bahtera dgn bahagianya. I understand that was your princess,tp zahirah pun ada naluri ya uncle.
Jahatla rk u twist the stories. Elok je uncle zainol support anak dia la with aiman. Pepandai je wartawan ni. Ckp je la nak boost up your stories and the advantage korang semua dpt including zahirah popularity. Mybad uncle.u such a good daddy. Nak piat telinga rk ni.isk isk isk.